“Kesian Ayah, Nak… Arwah Semasa Hayatnya Tidak Pernah Mengerjakan Ibadah Haji & Umrah..”🥲 “Jangan sedih jgn susah hati Mak”‼️
Pelaksana Badal Haji majoriti merupakan penduduk tempatan berasal dari Thailand dan Indonesia pemegang iqamah Arab Saudi.
Badal Haji tidak dikenakan kuota disebabkan pelaksana badal haji merupakan penduduk tempatan yang mempunyai iqamah Arab Saudi.
Harga Permit/tasrih Haji yang sah dari kerajaan Arab Saudi dalam anggaran SAR10 ribu -14 ribu.
Pelaksana badal haji tidak gunakan permit/tasrih untuk mengerjakan haji tetapi perlu menggunakan BAS HAJI (Bas Yang Ada permit/tasrih haji yang boleh mengangkut jemaah) untuk masuk ke Arafah untuk buat haji.
Untuk pergerakan pergi ke Arafah mereka hanya boleh penggunaan bas yang mempunyai permit/tasrih haji.
Tarikh 8 zulhijjah.
Tiba di Arafah selepas waktu isya’ dan setibanya di Arafah mereka akan mendirikan khemah di persekitaran Jabal Rahmah dengan menggunakan peralatan yang dibawa. Ini berbeza dengan khemah yang tersedia untuk jemaah haji yang mempunyai tasrih.
Tarikh 9 zulhijjah
Bersama-sama dengan jemaah haji lainnya mereka berwukuf disamping mendengar khutbah Arafah, perbanyakkan beribadah dan berdoa.
Sekitar jam 5 petang bersiap-siap untuk bergerak ke Muzdalifah dengan berjalan kaki dan tiba di Muzdalifah sekitar jam 1 tengah malam
Tarikh 10 zulhijjah
Seterusnya akan bermabit di Muzdalifah mulai tengah malam sehingga fajar untuk mengutip anak batu untuk melontar jamrah.
Jam 5:30 bergerak ke Mina dan setibanya di Mina lebih kurang jam 7 pagi di lanjutkan dengan melontar Jamaratul kubro/akbar.
Seterusnya dari Mina menuju Masjidil haram untuk tawaf ifadah/tawaf haji dan bersa’e haji dengan menaiki kenderaan awam.
Untuk perjalanan dari rumah menuju Mina 2 hari berkutnya untuk pergi mabit dan melempar 3 jamarah iaitu Ula, Wusta dan Aqabah pada hari ke 11 dan 12 juga menggunakan kenderaan awam.
Untuk keperluan makan minum sepanjang perjalanan haji mereka menyediakan bekalan makananan dan minuman yang bawa dari rumah atau dibeli disepanjang perjalanan.
Penipuan berlaku dimana-mans atas apa perkara pun. Sangat penting untuk memilih agensi-agensi yang benar-benar jujur dan amanah dan mempunyai track record yang bersih dalam urusan yang akan ditempah.